Bayi-susu-ibu

Bayi Susu Ibu

Bayi-susu-ibu

Bagaimana saya akan tahu jika bayi saya mendapat susu yang cukup?

Dalam beberapa minggu pertama, anda mungkin tertanya-tanya jika bayi anda mendapat susu yang secukupnya, terutamanya jika dia mahu menyusu setiap masa atau ternampak tidak puas selepas menyusu. Apabila telah lepas satu atau dua hari pertama, bayi anda akan selalu berasa lapar. Dan kemungkinannya memang dia lapar, sebab susu badan selesai dicernakan dalam dua jam selepas dia menyusu.

Kebanyakan bayi baru lahir mahu menyusu lapan hingga 15 kali sehari pada tiga atau empat hari pertama kehidupannya. Ramai bayi yang masih menyusu 10-12 kali sehari selepas minggu pertama. Bayi akan terus menyusu begini sehingga satu minggu lagi sebelum mengurangkan penyusuan ke lapan hingga 10 kali sehari.

Terdapat beberapa cara untuk mengukur jika bayi anda menyusu secukupnya, dan terdapat juga tanda-tanda yang dia tidak menyusu secukupnya. Penyahidratan dalam bayi baru lahir jarang berlaku tetapi anda perlu mengetahui tanda-tanda bayi menyusu dengan sempurna supaya anda boleh menghubungi doktor anda jika terdapat sebarang keadaan yang tidak menyenangkan.

Tanda-tanda berikut dapat membantu anda menilai samada bayi mendapat susu ibu yang mencukupi;

  • Bayi membuang air kencing sekurang-kurangnya 6 kali sehari.
  • Bayi membuang air besar 2 hingga 5 kali sehari, najis lembut berwarna kuning.
  • Air kencing berwarna kuning jernih dan bukan kuning pekat atau oren.
  • Berat badan meningkat secara konsisten selepas berumur 1 minggu.
  • Bayi tidur dengan lena.
  • Apabila terjaga dari tidur bayi kelihatan cergas dan sihat.

.

Susu Pilihan Ke dua Bayi Anda

bio-lac_susu-bayi

Klik di sini untuk maklumat lanjut & tempahan

 

Mahukan Tip & Promosi Salindah?
Dapatkan Tip & Makluman Promosi Salindah dari masa ke masa terus ke alamat email anda!