Cara Berkawan & Bertunang Sebelum Kahwin Dalam Islam

Soaljawab bersama Ustaz Azhar Idrus:
Cara Berkawan & Bertunang Sebelum Kahwin Dalam Islam❞
Sumber: youtube.com

Islam Tidak Menetapkan Had Umur Dalam Perkahwinan

Sumber Petikan: http://says.com/

Tahap kematangan perlu menjadi kayu ukur bagi golongan remaja yang ingin mendirikan rumah tangga di usia muda.

Imam Muda Asyraf

Menurut Imam Muda Asyraf, daripada sudut psikologi, mereka yang berkahwin pada usia muda kebiasaannya berdepan masalah kematangan dan juga tanggungjawab.

“Perkahwinan dalam Islam tidak menetapkan had umur, namun dari segi psikologinya, ada yang mengatakan golongan muda ini akan berhadapan permasalahan kematangan dan juga tanggungjawab. Dua aspek ini, sudah tentu berbeza dengan orang dewasa yang sudah melalui kehidupan lebih lama daripada mereka,” kata Asyraf.

Beliau Menjelaskan, Hukum Perkahwinan Dalam Islam Ada Lima. Jatuhnya Satu-Satu Hukum Adalah Berdasarkan Situasi Perkahwinan Itu Sendiri Dan Orang Yang Bakal Berkahwin.

“Dari segi halal, memang sudah halal. Cumanya dalam perkahwinan ini ada lima hukum, iaitu wajib, harus, sunat, makruh dan haram. Sekiranya perkahwinan itu akan mendatangkan kebaikan, khususnya selepas mereka dinikahkan, maka hukumnya adalah harus.”

“Tetapi, sekiranya lelaki itu berniat menganiaya wanita yang dinikahinya, maka jatuh hukum haram,” tegasnya.

Comments

comments

Mahukan Tip & Promosi Salindah?
Dapatkan Tip & Makluman Promosi Salindah dari masa ke masa terus ke alamat email anda!