Anak Anugerah Ilahi Tak Ternilai

anak-salindah-comel-22012016aSETIAP individu akan diuji dengan kegagalan, kekecewaan, kemiskinan atau kesakitan. Malah kebahagiaan, kemewahan, dan kecantikan juga antara ujian buat mereka.

Hakikatnya, manusia diuji dengan cara berbeza-beza bagi menilai rasa kehambaan kepada Penciptanya. Allah berfirman yang bermaksud: “Katakanlah: Tidak sesekali-kali akan menimpa Kami sesuatu pun melainkan apa yang ditetapkan Allah bagi kami. Dialah pelindung kami, dan (dengan kepercayaan itu) maka kepada Allah jualah hendaknya orang yang beriman bertawakal.” (Surah at-Tawbah ayat 51).

Sebab itu, apabila ditimpa ujian, kita perlu pasrah dengan apa yang berlaku malah tidak sesekali mempersoalkannya. Umat Islam juga diajar supaya mengucapkan kalimah istirja’ iaitu ‘Inna lillah wa inna ilaihi raji’un’ apabila ditimpa ujian.

Maksudnya, iaitu orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka berkata sesungguhnya kami milik Allah dan kepada-Nya kami kembali.

Tidak terlepas dalam masyarakat kita, ada mempercayai musibah yang berlaku datangnya daripada sial, badi atau nasib malang.

Contohnya, mengaitkan musibah yang berlaku seperti perniagaan merudum, bankrap atau ditimpa bencana berpunca daripada sial yang dibawa oleh anak.

Berpegang kepada kepercayaan itu, ada yang sanggup membunuh, mencederakan serta menyisihkan anak yang tidak berdosa itu. Jika begitulah tahap pemikirannya, jelas mereka terbabit dengan kepercayaan karut lagi menyesatkan.

Mereka tidak tahu bersyukur dan menghargai ‘harta’ yang cukup bernilai itu. Sekiranya umat Islam faham dengan konsep qada’ dan qadar Allah, mereka tidak akan merasa kecewa, sebaliknya bersangka baik dengan Allah dan bersedia mengharungi dugaan itu dengan penuh reda.

Anak adalah anugerah Allah yang cukup berharga kepada ibu bapa. Mereka juga amanah untuk dipelihara dengan sempurna termasuk memastikan keselamatannya di dunia dan akhirat.

Kekuasaan Allah dalam menentukan sesuatu perkara bersifat mutlak. Firman Allah yang bermaksud: “…dan apabila Dia berkehendak (untuk menjadikan) sesuatu, maka (cukuplah) Dia hanya mengatakan kepadanya: ‘Jadilah’. Lalu jadilah ia.” (Surah al-Baqarah, ayat 117).

Apabila memilih untuk ‘menentang’ takdir ternyata kita tidak dapat menerima hakikat kehidupan sebenar malah memilih untuk memberontak serta mempersoalkan.

Bagi yang sudah dikurniakan zuriat sendiri, peliharalah anak itu dengan sebaiknya. Berdoalah supaya anak itu kelak menjadi soleh dan solehah.

Pensyarah Jabatan Bahasa Arab, Fakulti Bahasa Dan Komunikasi, Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza), Mohd Shahrizal Nasir berkata, anak tidak membawa sebarang dosa yang diwarisi daripada kedua ibu bapanya.

“Anak yang baru dilahirkan umpama sehelai kain putih yang menunggu saat untuk dicorakkan ibu bapanya. Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “Setiap kelahiran (anak kecil) dilahirkan dalam keadaan fitrah.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim).

“Hadis itu menjelaskan bayi yang dilahirkan suci daripada sebarang dosa dan kesalahan. Jadi, salah sekali bagi mereka yang berpendapat anak kecil yang baru dilahirkan, membawa sial atau malapetaka kepada keluarganya,” katanya.

Firman Allah yang bermaksud: “Bahawa sesungguhnya seseorang yang boleh memikul, tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain (bahkan dosa usahanya sahaja).” (Surah al-Najm, ayat 38).

Beliau berkata, pemahaman karut mengenai sial yang dibawa seorang anak adalah antara pemahaman golongan Arab Jahiliah sebelum kedatangan Islam.

“Golongan ini berpendapat anak perempuan yang baru dilahirkan akan mendatangkan keaiban dan malapetaka terhadap keluarga mereka. Maka, mereka akan menanam bayi perempuan itu hidup-hidup.

“Hal ini dirakamkan Allah dalam al-Quran yang bermaksud: “Sekiranya salah seorang diberitahu kelahiran anak perempuan, mukanya menjadi merah kerana terlalu marah dan mereka menyembunyikan diri daripada kaumnya kerana keburukan daripada berita yang disampaikan. Apakah patut dipeliharanya dengan rasa malu atau ditanam dalam tanah. Alangkah buruknya apa yang mereka putuskan”. (Surah al-Nahl, ayat 58-59).

“Terdapat juga di kalangan ibu bapa yang merasa khuatir tidak dapat menyara kehidupan anak mereka, lantas membunuh anak yang tidak berdosa itu,” katanya.

Menurutnya, urusan rezeki adalah ketetapan dan tidak wajar manusia merasa ragu dengan rezeki yang diperlukan bagi membesarkan zuriat mereka.

Firman Allah yang bermaksud: “Dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana takutkan kepapaan; Kami-lah yang memberi rezeki kepada mereka dan kepada kamu. Sesungguhnya perbuatan membunuh mereka adalah satu kesalahan yang besar.” (Surah al-Isra’, ayat 31).

“Berdasarkan dalil itu, pendapat sesetengah daripada masyarakat kita mengenai sial yang datangnya dari anak adalah tidak benar sama sekali.

“Sebaliknya, kita perlu faham kelahiran zuriat adalah rahmat bagi sesebuah keluarga. Cukup besar ganjaran yang Allah kurniakan bagi mereka yang berjaya memikul amanah itu dengan penuh ikhlas dan bertanggungjawab,” katanya.

Firman Allah dalam al-Quran yang bermaksud: “Dan ketahuilah bahawa harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah ujian dan sesungguhnya di sisi Allah jugalah pahala yang besar.” (Surah al-Anfal, ayat 28).

Mohd Sharizal menyifatkan masih terdapat banyak amalan karut berkaitan kelahiran bayi yang masih diamalkan masyarakat Melayu hari ini.

“Kepercayaan itu boleh merosakkan akidah mereka. Contohnya, adat ‘kirim perut’ yang dilakukan kepada wanita yang mengandung anak sulung ketika kandungan berusia dalam lingkungan tujuh atau lapan bulan.

“Ia dilakukan bidan bagi membuang sial atau kecelakaan yang mungkin menimpa wanita hamil selain membetulkan kedudukan bayi di dalam perut.

“Selepas kelahiran, terdapat adat yang dipanggil ‘turun tanah’ yang diraikan bagi anak yang baru pandai berjalan. Turun tanah bermakna anak kecil dilepaskan untuk memijak tanah sebagai lambang meneruskan kehidupannya.

“Tidak kurang juga bayi yang dipakaikan tangkal kuning atau hitam di pinggangnya bagi mengelakkan gangguan makhluk halus. Semua amalan itu tidak disyariatkan Islam malah perlu ditinggalkan kerana boleh membawa kepada syirik.

“Ingatlah, dosa syirik adalah dosa besar yang tidak diampunkan Allah,” katanya.

SUMBER: hmetro.com.my

Kenapa sukar hamil selepas anak pertama?

ADA wanita yang menghadapi kesukaran untuk mengandung anak kedua. Pelbagai usaha telah dilakukan namun masih lagi belum berjaya. Hendak dikatakan tidak subur, mengandung anak pertama sebaik sahaja selepas diijabkabulkan. Kini, ramai wanita yang menghadapi masalah ini. Apakah punca utamanya?

1.Faktor usia

Fakta ini memainkan peranan penting dalam soal kesuburan. Kesuburan wanita akan menurun dengan peningkatan usia. Kualiti telur yang dihasilkan semakin menurun menyebabkan kesuburan wanita juga menurun. Namun, masih ada wanita yang berjaya hamil di usia 40-an. Apa pun digalakkan pasangan suami isteri tidak menangguhkan kehamilan sebaik mendirikan rumah tangga.

2.Elakkan penyakit jangkitan seksual

Penyakit seperti Chlamydia dan gonorrhea dapat merosakkan tiub fallopio wanita menyebabkan dia sukar untuk mengandung.

3.Faktor berat badan

Jangan pandang remeh dengan berat badan anda! Berat badan berlebihan atau terlalu kurus mengganggu kesuburan wanita. Berat badan yang berlebihan akan menimbulkan penyakit PCOS (polycystic ovary syndrome) yang mempengaruhi kesuburan.

4. Jauhkan rokok

Merokok memang diketahui membawa banyak kesan buruk kepada tubuh badan. Wanita yang merokok telah meningkatkan risiko mereka kepada ketidaksuburan.

5. Elakkan terdedah kepada bahan kimia berbahaya

Adakah bidang kerja anda banyak terdedah kepada radiasi dan bahan kimia berbahaya? Jika ya, anda berisiko tinggi menghadapi kesan buruk kesuburan.

Sekiranya, anda dan suami sudah setahun atau lebih mencuba untuk memiliki anak dengan cara membuat hubungan intim secara teratur tanpa perlindungan namun masih belum berjaya mengandung, segeralah berjumpa doktor sakit puan untuk pemeriksaan lanjut. Jangan membuang masa dengan hanya mengeluh!

* Artikel dipetik dari blog http://www.majalahpama.my/

Adat & Pantang Larang Orang Melayu: Kelahiran Anak

adat-dan-pantang-larang-orang-melayu_kelahiran-bayi

Kebanyakan adat lama Melayu yang telah dilupa & tidak lagi diamalkan oleh golongan muda termasuklah Melenggang Perut, Naik Buai & Menempah Bidan.

Menyambut Kelahiran

Apabila seseorang wanita didapati hamil, beberapa acara dan pantang larang terpaksa dilalui. Secara umumnya, upacara tersebut diadakan bertujuan mendoakan kesihatan dan keselamatan bakal ibu dan janinnya selamat dari segala bala dan godaan atau gangguan mahkluk halus.

Dalam masyarakat Melayu pada pendapat umumnya menyatakan wanita hamil yang sentiasa gembira akan melahirkan bayi yang riang dan terhindar dari segala kecelakaan. Jadi wanita yang mengandung dielakkan dari mendengar, melihat dan bercakap perkara – perkara yang buruk. Antara adat menyambut kelahiran ialah seperti:

  1. Menempah bidan
  2. Menjamah perut
  3. Melenggang perut
  4. Mandi melenggang perut
  5. Mengadap semangat

Petua dan Pantang Larang Semasa Hamil

Pantang larang ialah perlakuan yang dipersetujui oleh kumpulan masyarakat. Masyarakat Melayu telah melakukan sedikit sebanyak tentang pantang larang yang sepatutnya dituruti oleh wanita yang hamil. Ia penting untuk keselamatan ibu dan bayi yang bakal lahir.

Dalam masyarakat melayu dapat dibahagikan kepada dua pantang larang iaitu dari segi perlakuan dan makanan.

Sumber rujukan: www.jkkn.gov.my

nenas boleh sebabkan keguguran - betul ke

Pantang Larang Orang Melayu Tradisional Semasa Hamil

nenas boleh sebabkan keguguran - betul ke

Betulkah Wanita Hamil Tidak Boleh Makan Nenas?

 

Pantang Larang Orang Melayu Tradisional merupakan kepercayaan masyarakat Melayu zaman lampau berkaitan dengan adat dan budaya warisan nenek moyang.

Kebanyakan adalah bertujuan untuk mendidik masyarakat agar mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan. Apa yang disebut bukan untuk dipercayai tetapi untuk dihayati mesej yang tersembunyi di sebalik pantang larang yang telah diperturunkan secara lisan sejak zaman berzaman.

Pantang Larang Wanita Hamil

  1. Dilarang mencaci atau menceritakan kecacatan, dikhuatiri anak yang bakal lahir juga akan cacat.
  2. Dilarang memukul, mendera atau mencederakan mana-mana binatang, dikhuatiri anak yang bakal lahir mengalami kecacatan.
  3. Dilarang memaku, memahat, mengail atau menyembelih binatang, dikhuatiri anak yang bakal lahit bibir terbelah atau mengalami kecacatan.
  4. Dilarang bergaduh dengan ibu mertua, dikhuatiri mengalami kesulitan ketika melahirkan anak.
  5. Dilarang makan sotong, dikhuatiri menghadapi masalah ketika bersalin. Anak mungkin tercerut tali pusatnya.
  6. Dilarang mencerca atau melihat sesuatu yang ganjil, dikhuatiri akan kenan.
  7. Dilarang minum air tebu atau kelapa di awal kehamilan, dikhuatiri anak akan gugur.
  8. Dilarang melihat gerhana, dikhuatiri anak mendapat tompok hitam atau bermata juling.
  9. Dilarang melangkah kucing yang sedang tidur, dikhuatiri mata anak tertutup seperti kucing yang sedang tidur.
  10. Dilarang menyusup di bawah penyidai, nanti anak akan terencat.
  11. Dilarang makan makanan yang berakar seperti pegaga, nanti terlekat uri.
  12. Dilarang tidur waktu tengahari, nanti kepala anak akan menjadi besar.

.

bunting-pelamin Adakah anda mengandung? Klik di sini 
.

Terlewatkah Aku?

“Terlewatkah Aku Untuk Guna Salindah?”
“Sekarang dah hamil 6 bulan, barutahu berkenaan Salindah”

Pertama sekali ingin kami ucapkan:
Tahniah kerana anda bakal menimang cahayamata!

Dua persoalan dan kenyataan di atas seringkali diajukan kepada kami kerana keliru maklumat yang menyatakan Salindah perlu dimulakan pengambilannya pada minggu kehamilan ke 12.

  • Jadi bagaimana jika ibu hamil yang telah mencapai ke bulan 24, 28 atau 30 minggu?
  • Masih sempat atau bolehkan ia mengamalkan produk Salindah?

Untuk keterangan lanjut, anda bolehlah baca di sini.

Jadual-Makan-Salindah_29072015

8-surah-ibu-hamil

Amalan Semasa Hamil Menurut Islam

8-surah-ibu-hamil

Sebagai seorang Islam, Al-Quran sepatutnya menjadi bahan bacaan wajib setiap hari bermula dari bangun tidur & tidak terhad atas sesuatu sebab sahaja.

Menjadi impian pasangan suami-isteri yang telah mendirikan rumah tangga secara sah & halal menurut Islam menginginkan zuriat, cahayamata atau anak dari darah daging mereka sendiri.

Ketika wanita mengandung dia perlulah melakukan dan melaksanakan sesuatu yang diperintahkan & meninggalkan apa yang dilarang oleh Allah swt agar menjadi hamba yang bersyukur dengan nikmat dan rezeki anak yang Allah kurniakan itu: bukan semua pasanngan berkahwin Allah rezekikan dengan kurniaan anak.

Berikut antara panduan amalan Ibu Hamil untuk kita sama-sama amlkan:

  1. Banyakkan bertaubat – memohon ampun akan dosa-dosa yang telah kita lakukan sebelum ini, semoga anak yang bakal lahir itu nanti menjadi anak yang bertaqwa.
  2. Menutup Aurat – Sentiasa menutup aurat sesuai dengan ketentuan ajaran Islam. Agar hidup mendapat keberkatan.
  3. Banyakkan membaca ayat-ayat suci Al-Quran

.

Bunting Pelamin

Bunting pelamin, satu istilah yang bermaksud mengandung pada bulan pertama perkahwinan, menggambarkan cepatnya pasangan yang baru bernikah dikurniakan zuriat. Istilah ini bukanlah bermaksud telah mengandung semasa ‘naik pelamin’ yang tentunya salah di sisi agama Islam dan adat Melayu.

Bagi pasangan yang bakal mendirikan rumahtangga, janganlah dibiarkan perancangan perkahwinan hanya tertumpu pada bagaimana untuk menjalankan majlis perkahwinan dengan baik tetapi masukkanlah dalam perancangan anda soal bila anda mahukan zuriat pertama, supaya ia berlaku dengan baik dan bukan tanpa jangkaan.

Makanan Untuk Ibu Hamil

Makanan Untuk Ibu Hamil

Tahniah kerana sedang hamil & bakal menimang cahayamat! Adalah amat penting untuk anda makan secara sihat demi untuk memastikan anda dan bayi dalam yang sedang dikandung mendapat kesemua nutrien yang diperlukan.

Jika anda sedar bahawa cara pemakanan anda tidak begitu baik, inilah masanya untuk anda mula mengamalkan diet yang sihat dan seimbang. Hidangan harian anda mestilah merangkumi variasi makanan daripada empat kumpulan makanan berikut:

  • Buah-buahan dan sayur-sayuran: Anda boleh membelinya dalam bentuk segar, sejuk-beku, dalam tin, kering atau sebagai jus. Sasarkan untuk memakan lima hidangan dari kumpulan ini sehari. Baca mengenai cara untuk makan lebih banyak buah-buahan dan sayur-sayuran.
  • Makanan berkanji: Ini termasuk nasi, roti, pasta dan kentang. Cubalah pilihan daripada bijian penuh.
  • Makanan yang kaya dengan protein: Ini termasuk daging dan ayam tanpa lemak, ikan, telur dan kekacang. Cuba sasarkan dua hidangan ikan seminggu termasuk ikan yang berminyak.
    Produk tenusu: Ini termasuk susu, keju dan yogurt yang kaya dengan kalsium.

Adakah perlu makan lebih semasa hamil?

Badan wanita hamil lebih efisien kerana dapat menggunakan tenaga yang didapati dari makanan setiap hari. Secara umumnya, wanita hamil tidak perlu kalori tambahan pada enam bulan pertama kehamilan dan hanya sebanyak 200 kalori tambahan setiap hari untuk tiga bulan terakhir.

Dua ratus kalori bersamaan dengan:

  • Dua keping roti gandum penuh dan marjerin/mentega, atau
  • Segulung kuih popia (tidak digoreng), atau
  • Tosai kosong (tanpa kuah atau kari), atau
  • Sekeping keju dengan roti

Selera makan ibu hamil itu sendiri adalah petunjuk terbaik untuk mengetahui berapa banyak makanan yang perlu diambil. Ibu hamil biasanya akan mendapati selera makannya akan alami turun-naik dalam 3 keadaan ini:

  • Pada beberapa minggu pertama: selera makan anda akan berkurangan secara dramatik dan anda tidak mahu makan hidangan yang sempurna, terutamanya jika anda mengalami loya atau mabuk.
  • Semasa pertengahan kehamilan: selera makan anda adalah sama dengan sebelum anda hamil atau bertambah sedikit.
  • Menjelang akhir kehamilan: selera makan anda akan bertambah tetapi jika anda mengalami pedih hulu hati atau rasa penuh selepas makan, anda mungkin boleh makan dengan kerap tetapi dengan jumlah sedikit.

Cara terbaik adalah makan apabila lapar seperti yang dianjurkan oleh Islam. Pastikan anda mengambil makanan yang berkhasiat dan seimbang setiap hari. Semasa hamil, pertambahan berat badan anda akan berlaku secara beransur-ansur seiring dengan perkembangan bayi di dalam kandungan.

Anda Bijak, Jauhi Zina

Firman Allah:
Dan Janganlah kamu manghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat.
(al-Isra’:32)

** Peringatan untuk diri kami sendiri juga

Kempen Anti Zina 1

Kempen Anti Zina 2

Sumber Rujukan: http://nisaserdang.blogspot.com/

aku-bijak-jauhi-zina-26032015

Pada umur berapakah seorang perempuan boleh hamil?

aku-bijak-jauhi-zina-26032015

  • Seorang perempuan boleh hamil sebaik sahaja dia mula datang haid.
  • Haid adalah tanda seorang perempuan mula subur.
  • Purata umur seseorang perempuan akil baligh (mula datang haid) ialah antara 9 hingga 16 tahun.

.

Bolehkah anda hamil setelah anda melakukan hubungan seks buat kali pertama?

  • Ya.
  • Adalah penting untuk untuk menghindarkan perhubungan seks sama sekali bagi mencegah kehamilan.

.

Adakah ia perkara yang normal dan sihat jika tidak melakukan seks sebelum berkahwin?

  • Ya, ia adalah cara yang terbaik untuk kekal sihat secara fizikal dan emosi.
  • Malah agama Islam dan budaya Melayu juga melarang seks sebelum kahwin.

.

Kehamilan Remaja

  • Kebanyakan kehamilan remaja berpunca dari seks sebelum kahwin, sumbang mahram, rogol dan penderaan seksual.
  • Remaja – remaja ini menghadapi pelbagai cabaran kerana mereka belum bersedia untuk menjaga bayi mereka.
  • Mereka sedang berada di alam persekolahan dan masih mengalami proses tumbesaran dan kematangan.
  • Mereka perlu berhadapan dengan akibat kehamilan semasa remaja iaitu dari aspek :
    • Perubatan
    • Psikologi
    • Sosial

.

Bagaimana anda tahu anda telah hamil?

Perhatikan tanda-tanda ini :

  • Tidak datang haid
  • Pendarahan vagina yang luar biasa
  • Loya / muntah
  • Payudara terasa sakit atau membesar
  • Letih / pening
  • Perut semakin membesar
  • Jangkitan saluran air kencing
  • Perubahan berat badan

.

Bagaimana untuk memastikan anda hamil?

Anda boleh membeli alat pengesan kehamilan dari farmasi dan membuat ujian air kencing sendiri :

  • Urine Pregnancy Test

ATAU Jumpa doktor anda untuk mengesahkan kehamilan anda melalui :

  • Ujian air kencing
  • Ultrasound abdomen

 

Adakah ia mempunyai akibat yang buruk?

YA , terdapat banyak akibat buruk kehamilan remaja dari aspek berikut :

  • Perubatan :
    • Proses bersalin yang sukar dan lama disebabkan tulang punggung yang kecil.
    • Tekanan darah tinggi semasa mengandung yang sering berlaku semasa kehamilan pertama. Ia boleh menyebabkan komplikasi yang lain seperti pendarahan dan sawan.
    • Pengguguran anak yang tidak selamat.
    • Bayi yang mempunyai berat lahir yang rendah.
    • Kadar kematian ibu dan anak yang lebih tinggi.
  • Psikologi dan sosial :
    • Murung dan hilang keyakinan diri.
    • Masalah perhubungan dan emosi.
    • Pandangan serong masyarakat terhadap ibu yang tidak berkahwin dan anaknya .
    • Pendidikan terjejas(tercicir).
    • Kurang peluang pekerjaan.
    • Pembuangan bayi.

.

Sumber Rujukan: http://www.myhealth.gov.my/index.php/remaja/kesihatan-seksual/seksualiti-anda/226