Kebersihan Makanan Semasa Hamil

Apabila anda disahkan mengandung, sistem imun badan anda tidak lagi berfungsi dengan baik seperti biasa. Ini akan menyebabkan anda lebih mudah untuk dijangkiti kuman-kuman yang menyebabkan keracunan makanan.

Simptom keracunan makanan yang paling biasa dialami adalah cirit-birit dan muntah-muntah.

Apabila anda menyediakan makanan di rumah, mencuci tangan dengan betul adalah satu cara penting untuk mengelakkan kuman merebak. Tangan anda boleh menyimpan kotoran dan bakteria dari tandas, tong sampah, atau dari pelbagai sumber lain di luar rumah anda. Ini kemudiannya boleh dipindahkan ke dalam makanan dan menyebabkan keracunan makanan.

Bagaimana untuk membasuh tangan dengan betul?

Terdapat tujuh langkah yang perlu diikuti untuk membasuh tangan dengan betul seperti rajah di bawah:

 cara basuh tangan yang betul 02

Mahukan Tip & Promosi Salindah?
Dapatkan Tip & Makluman Promosi Salindah dari masa ke masa terus ke alamat email anda!