Makanan Untuk Ibu Hamil

Makanan Untuk Ibu Hamil

Tahniah kerana sedang hamil & bakal menimang cahayamat! Adalah amat penting untuk anda makan secara sihat demi untuk memastikan anda dan bayi dalam yang sedang dikandung mendapat kesemua nutrien yang diperlukan.

Jika anda sedar bahawa cara pemakanan anda tidak begitu baik, inilah masanya untuk anda mula mengamalkan diet yang sihat dan seimbang. Hidangan harian anda mestilah merangkumi variasi makanan daripada empat kumpulan makanan berikut:

  • Buah-buahan dan sayur-sayuran: Anda boleh membelinya dalam bentuk segar, sejuk-beku, dalam tin, kering atau sebagai jus. Sasarkan untuk memakan lima hidangan dari kumpulan ini sehari. Baca mengenai cara untuk makan lebih banyak buah-buahan dan sayur-sayuran.
  • Makanan berkanji: Ini termasuk nasi, roti, pasta dan kentang. Cubalah pilihan daripada bijian penuh.
  • Makanan yang kaya dengan protein: Ini termasuk daging dan ayam tanpa lemak, ikan, telur dan kekacang. Cuba sasarkan dua hidangan ikan seminggu termasuk ikan yang berminyak.
    Produk tenusu: Ini termasuk susu, keju dan yogurt yang kaya dengan kalsium.

Adakah perlu makan lebih semasa hamil?

Badan wanita hamil lebih efisien kerana dapat menggunakan tenaga yang didapati dari makanan setiap hari. Secara umumnya, wanita hamil tidak perlu kalori tambahan pada enam bulan pertama kehamilan dan hanya sebanyak 200 kalori tambahan setiap hari untuk tiga bulan terakhir.

Dua ratus kalori bersamaan dengan:

  • Dua keping roti gandum penuh dan marjerin/mentega, atau
  • Segulung kuih popia (tidak digoreng), atau
  • Tosai kosong (tanpa kuah atau kari), atau
  • Sekeping keju dengan roti

Selera makan ibu hamil itu sendiri adalah petunjuk terbaik untuk mengetahui berapa banyak makanan yang perlu diambil. Ibu hamil biasanya akan mendapati selera makannya akan alami turun-naik dalam 3 keadaan ini:

  • Pada beberapa minggu pertama: selera makan anda akan berkurangan secara dramatik dan anda tidak mahu makan hidangan yang sempurna, terutamanya jika anda mengalami loya atau mabuk.
  • Semasa pertengahan kehamilan: selera makan anda adalah sama dengan sebelum anda hamil atau bertambah sedikit.
  • Menjelang akhir kehamilan: selera makan anda akan bertambah tetapi jika anda mengalami pedih hulu hati atau rasa penuh selepas makan, anda mungkin boleh makan dengan kerap tetapi dengan jumlah sedikit.

Cara terbaik adalah makan apabila lapar seperti yang dianjurkan oleh Islam. Pastikan anda mengambil makanan yang berkhasiat dan seimbang setiap hari. Semasa hamil, pertambahan berat badan anda akan berlaku secara beransur-ansur seiring dengan perkembangan bayi di dalam kandungan.

Mahukan Tip & Promosi Salindah?
Dapatkan Tip & Makluman Promosi Salindah dari masa ke masa terus ke alamat email anda!