Order Hari Ini Sampai Esok?

Order Hari Ini Sampai Esok?

set-bersalin-salindah_03

Antara kebimbangan biasa membuat tempahan dari mana-mana kedai Online adalah:

  1. Memikirkan adakah bayaran tempahan yang dibuat akan diproses untuk penghantaran?
  2. Adakah tempahan akan diterima dalam jangkamasa munasabah?

Seksyen ini akan membantu anda memahami bagaimana kami mengambil tanggungjawab untuk memproses tempahan anda. Harap dapat merungkai persoalan tersebut.

RINGKASAN

Tempahan produk Salindah yang dibuat secara online akan diproses untuk penghantaran secara berkelompok dan biasanya sampai antara 1~3 hari bekerja selepas dari tarikh kurier dibuat bagi lokasi Malaysia Barat (Sem. Malaysia) & 3~5 hari bekerja bagi lokasi Malaysia Timur (Sabah, Sarawak, W.P Labuan).

MAKLUMAT LANJUT

Order Online

  1. Tempahan produk Salindah secara online akan diproses untuk penghantaran secara Kelompok Kurier (Courier Batch). Kelompok Kurier dijadualkan 4 hari seminggu pada Hari Bekerja .
  2. Status permulaan bagi setiap tempahan online adalah Pending yang bermaksud menunggu makluman bayaran atau menunggu bayaran disahkan oleh pihak Pengurusan (jika anda telah membuat makluman bayaran)
  3. Tarikh Kelompok Kurier adalah tarikh Hari Bekerja untuk proses pembungkusan dan serahan kepada pihak kurier.  
  4. Tarikh Hari Bekerja adalah berdasarkan W.P Kuala Lumpur iaitu pada ISNIN, SELASA, RABU & KHAMIS.
  5. Cut Off Time proses pembungkusan parcel untuk dikurierkan adalah pada pukul 10.00pagi hari Kelompok Kurier.
  6. Order berbayar yang dimaklumkan bayarannya selewat-lewatnya sebelumCut Off Time pada tarikh Kelompok Kurier akan dimasukkan dalam Kelompok Kurier tersebut. Walau bagaimanapun, tarikh Kelompok kurier sebenar di mana order anda ditempatkan akan ditentukan sepenuhnya oleh pihak Pengurusan.
  7. Servis kurier mana yang digunakan juga akan ditentukan oleh pihak Pengurusan.
  8. Parcel tempahan anda biasanya sampai antara 1~3 hari bekerja selepas dari tarikh Kelompok Kurier untuk lokasi Malaysia Barat (Sem. Malaysia) & 3~5 hari bekerja bagi lokasi Malaysia Timur (Sabah, Sarawak, W.P Labuan)
  9. Status tempahan anda akan disetkan kepada Processing yang bermaksud bayaran anda telah disahkan & tempahan anda akan diproses untuk penghantaran dalam Kelompok Kurier yang dinyatakan.
  10. Sistem kami akan menghantar makluman status PendingProcessingCanceled Complete ke alamat e-mail anda dari masa ke masa.
  11. Sila jawab (reply) e-mail tersebut jika perlu..

PENTING:

  1. Jika anda menggunakan alamat pejabat sebagai alamat penghantaran, sila semak parcel anda di Pejabat Am atau Peyambut Tetamu (Receiptionist)atau Rakan Sepejabat.
  2. Pihak kurier tidak semestinya menyerahkan parcel tempahan terus kepada anda tetapi kepada sesiapa individu di premis pejabat anda sebagai wakil penerima
  3. Pihak kurier akan meninggalkan “Sorry Note” di premis (rumah/pejabat) anda sekiranya gagal membuat serahan mengandungi infoConsignment/Parcel# serta talian Customer Service Center. Hubungi mereka untuk penghantaran semula ke alamat anda. Tidak perlu terus menuju ke pejabat kurier untuk mengambil sendiri.
  4. Walaupun kami mempunyai Sistem Pengurusan Tempahan & Pemprosesan Order (Order Tracking & Processing System), namun tidak terlepas dari kesilapan manusia di mana kebarangkalian tersilap membuat penghantaran. Jika begitu, sila berhubung terus kepada pihak Pengurusan.

Klik di sini untuk order sekarang!

 

 

.

Comments

comments

Mahukan Tip & Promosi Salindah?
Dapatkan Tip & Makluman Promosi Salindah dari masa ke masa terus ke alamat email anda!