Perlukah saya mengambil multivitamin untuk kehamilan?

Selagi kehamilan anda sihat, cuma satu sahaja vitamin yang anda perlu ambil sebagai suplemen iaitu vitamin B atau asid folik. Baca lanjut artikel di bawah…

ibu-mengandung-24032015

Anda sepatutnya tidak perlu mengambil suplemen bagi mendapatkan vitamin dan mineral lain yang diperlukan. Apa yang perlu anda lakukan ialah memastikan anda memakan pelbagai makanan yang sihat. Diet yang seimbang adalah cara terbaik untuk mendapatkan nutrien yang anda dan bayi anda perlukan.

Makanan yang sihat mestilah mengandungi 4 kumpulan makanan berikut:

  1. Buah-buahan dan sayur-sayuran, samada segar, sejuk-beku, dalam tin atau yang kering. Cuba makan lima hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran setiap hari.
  2. Makanan berkanji dan mengenyangkan (karbohidrat) seperti roti, pasta, nasi dan kentang. Jadikan makanan berkanji sebagai asas hidangan anda dan sebaik-baiknya pilihlah bijian penuh.
  3. Makanan yang kaya dengan protein seperti daging, ikan, telur dan kekacang. Makanan-makanan ini juga merupakan sumber zat besi yang bagus.
  4. Makanan berasaskan tenusu yang mana mengandungi kalsium, seperti susu, keju dan yogurt. Produk tenusu, seperti juga ikan laut dan garam laut adalah sumber iodin yang baik. Anda memerlukan banyak iodin dalam diet anda untuk membantu perkembangan otak bayi.

Anda juga boleh gunakan pelan hidangan harian kami, yang disediakan khas oleh pakar nutrisi kami untuk membantu anda mendapatkan nutrien yang sesuai mengikut masa.

Cuba elakkan daripada makan terlalu banyak makanan berlemak atau manis dan minuman manis. Makanan ini mungkin mengenyangkan untuk jangka masa pendek, tetapi tidak membekalkan mineral dan vitamin yang anda perlukan.

Realitinya, memanglah kadang kala sukar untuk mendapatkan diet yang seimbang. Jika anda tidak boleh makan banyak kerana loya atau sibuk di tempat kerja, atau jika anda seorang bakal ibu yang masih muda, suplemen mungkin dapat membantu anda mendapatkan nutrien yang diperlukan. Produk suplemen kehamilan seperti Salindah Insha Allah dapat membantu ibu-ibu mengandung memenuhi keperluan zat untuk bayi dalam kandungan.

Comments

comments

Mahukan Tip & Promosi Salindah?
Dapatkan Tip & Makluman Promosi Salindah dari masa ke masa terus ke alamat email anda!