Senarai Keperluan Ibu Sewaktu Berpantang

pakaian-bayi

Kepada bakal-bakal ibu mahupun yang kini telah mengandung dan sedang menunggu proses bersalin berikut ada panduan atau senarai keperluan yang anda semua perlu sediakan apabila berpantang nanti. Sebaiknya barang-barang ini disediakan lebih awal untuk memudahkan anda dan suami. Baca dibawah dengan teliti dan semak!

1. Baju menyusu

Sangat praktikal kerana mempunyai ruang khas untuk menyusukan bayi. Pastikan fabrik baju diperbuat daripada kain kapas kerana lazimnya, ibu kerap berpeluh ketika berpantang.

2. Kain batik

Oleh kerana kain batik tidak mempunyai sebarang size (free size), maka penggunaanya amat praktikal lebih-lebih lagi di awal minggu tempoh berpantang. Tambahan pula, ketika ini keadaan perut yang masih besar mungkin menyukarkan ibu untuk memakai seluar.

3. Tuala wanita

Penggunaan tuala wanita yang bersaiz besar dan lembut adalah digalakkan. Darah nifas yang keluar adalah lebih banyak berbanding darah haid. Jika tidak mahu menggunakan tuala wanita khusus untuk wanita lepas bersalin, boleh juga memilih tuala wanita jenis overnight.

4. Sarung Kaki

Disarankan ibu sentiasa memakai sarung kaki sepanjang tempoh berpantang bagi menghangatkan tubuh. Penggunaanya juga dapat mengelakkan badan daripada dimasuki angin yang boleh menimbulkan masalah-masalah lain di kemudian hari.

5. Bengkung

Pemakaian bengkung adalah digalakkan. Tidak kira mereka yang bersalin secara normal mahupun pembedahan Caesarean. Penggunaannya bertujuan untuk membentuk kembali tubuh seperti sediakala dan membantu menguatkan semula otot yang lemah akibat proses kehamilan dan bersalin. Bagi mereka yang bersalin secara Caesarean, dapatkan bengkung moden yang banyak terdapat di pasaran.

Mahukan Tip & Promosi Salindah?
Dapatkan Tip & Makluman Promosi Salindah dari masa ke masa terus ke alamat email anda!