Testimoni

set-bersalin-salindah_03

baby_salindah_2

Moment For Salindah’s Mother | Credit Video: AD AZ @ Youtube
.
Testimoni Salindah

testimoni-salindah-sethamil-setbersalin-1

Pn Aida

“Bukan mudah untuk mempercayai sesuatu produk yang baru diperkenalkan di pasaran lebih-lebih lagi yang melibatkan pemakanan semasa hamil. Namun setelah membaca dan mendengar dari rakan tentang kebaikan Salindah, saya cuba dengan penuh tawakal. Akhirnya saya selamat melahirkan anak yang comel, sihat dan cerdik. Saya yakin dengan keberkesanannya dan akan menggunakannya sekiranya hamil sekali lagi”

testimoni-salindah-sethamil-setbersalin-2

Pn Suraiyani

“Saya tidak bimbang menggunakan produk Salindah kerana bukan saja tiada kesan sampingan, malah anak yang dilahirkan juga comel, sihat, dan pintar. Perkembangan fizikal dan mentalnya amat berbeza dengan kebanyakan bayi biasa. Terima kasih Salindah

testimoni-salindah-sethamil-setbersalin-3

Pn Habibah

“Saya amat berterima kasih kepada rakan saya yang telah memperkenalkan produk Salindah kepada saya”

testimoni-salindah-sethamil-setbersalin-4

Pn Sharifah Aspariza Syed Mustafa

“Kehamilan yang agak rapat antara anak ketiga dan keempat membuatkan saya memilih Set Lengkap Salindah mulai 3 bulan hamil. Alhamdulillah ternyata Salindah membantu saya sentiasa sihat sepanjang tempoh mengandung hingga habis pantang dan saya akui Salindah benar-benar berkesan, jadi ibu-ibu hamil boleh mencubanya tanpa was-was”

_

Testimoni Lain:

Puan Norhayati Mat Adam, Dungun Terengganu.
Ketika mempunyai seorang anak perempuan berusia 1 tahun pada tahun 1994, saya selalu mendengar tentang kebaikan Salindah melalui kawan-kawan dan media cetak. Saya menaruh azam untuk membeli Set Salindah sekiranya saya mengandung anak kedua. Tahun demi tahun menunggu untuk mengandung, sehinggalah anak pertama berusia 9 tahun iaitu pada Februari 2002, barulah saya disahkan mengandung oleh doktor.

Hati gembira tidak terkira, lantas saya membeli Set Salindah sebagaimana idaman saya 9 tahun dahulu. Pada peringkt mengandung 2 bulan pertama, saya mengalami alahan yang teruk sehingga dimasukkan ke hospital. Masuk bulan ketiga kandungan, saya memulakan rutin mengamalkan Salindah. Alhamdulillah sedikit kekuatan dan kesihatan saya dapat.

Sepanjang mengandung anak kedua, bermacam-macam cerita saya dengar daripada kawan-kawan kanonnya saya mungkin sudah untuk bersalin kerana jarak mengandung terlalu lama iaitu 9 tahun, seperti bersalin anak pertama. Tiba saat untuk bersalin saya rasa begitu tenang dan tidak merasa takut untuk menghadapi saat kelahiran.

Alhamdulillah pada tanggal 20 November 2002 bersamaan 15 Ramadhan 1423 jam 2.15 pagi, saya selamat melahirkan anak lelaki yang sihat dan kuat. Saya dimasukkan ke ‘Labour Room’ hospital swasta Kuala Trengganu pada jam 2.00 pagi dan bersalin 15 minit berikutnya. Kesakitan yang dialami hanya sekejap sahaja berbanding sewaktu bersalin anak pertama. Lebih menggembirakan saya ialah saya tidak menerima apa-apa jahitan meskipun lama tidak bersalin.

Telahan kawan-kawan kononnya saya susah untuk bersalin selama ini tidak benar sama sekali. Malah mereka terkejut mendengar saya mudah bersalin . Anak saya begitu cergas , kuat dan aktif. Kulitnya putih dan bersih. Insyallah jika saya mengandung lagi akan terus mengambil Salindah.

_
Puan Zaitun Serdang.
Pengalaman lekat uri ketika melahirkan anak kedua dan ketiga membuatkan saya serik untuk bersalin lagi. Namun setelah membaca pengalaman ibu-ibu bersalin mudah setelah menggunakan salindah sewaktu hamil, membuatkan saya bertekad mencuba salindah bila disahkan hamil anak keempat. Alhamdulillah setelah mengamalkan Salindah saya menjadi lebih cergas, sihat dan tiada masalah kulit. Suami juga kagum kerana saya begitu bertenaga membantunya berniaga dipasar malam.

Walaupun ketika hamil saya berusia 35 tahun namun doktor berpuas hati dengan tahap kesihatan saya dan anak yang dikandung. Doktor yang merawat juga begitu yakin apabila diberitahu saya mengamalkan salindah. Saya tidak lagi diberi vitamin tambahan yang lain. Saya bersyukur kerana selamat melahirkan Mohammad Iman Hafizi 3.3 kg pada 11 April 2002 secara normal. Iman berkulit bersih, sihat dan cergas. Ibu-ibu pasti berpuas hati bila mendapat anak yang sihat, cergas, cerdik dan pintar.

_

Puan Shahidawati, Kuala Lumpur.
Hamil kali kedua saya mengambil Salindah dari 3 bulan hingga habis pantang. Saya tidak lagi mengalami mabuk hamil yang teruk seperti anak yang pertama. Sungguh menyeronokkan ketika melahirkan Nurul Anis Hidayah pada Julai 2001 di Pusat Perubatan Kohijal Hulu Kelang . Saya tidak mengalami sakit yang kuat. Lebih kurang setengah jam sahaja sakit dan terus melahirkannya dengan mudah.

Benarlah seperti yang diberitahu, kulit anak memang cantik, halus, tulangnya kuat sehingga ibu saya mengakui cucunya kelihatan cantik, berwajah putih dan bersih. Bagi saya Salindah benar-benar membantu saya sihat sepanjang tempoh hamil dan berpantang. Sebab itulah saya dengan yakin memperkenalkan Salindah dan produk yang dirum,us oelh Prof. Dr Azizan kepada keluarga dan rakan-rakan yang lain.

_
Puan Sanisah Sharif, Kodiang Kedah
Mula menggunakan Salindah sewaktu mengandung anak pertama lagi. Sewaktu 7 bulan mengandung saya masih mampu ke Tasik Dayang Bunting dan menyertai Sukaneka. Saya bersalin normal dengan berat anak hampir 4 kg. Anak kedua saya dilahirkan dua bulan awal dan istimewanya anak tidak perlu dimasukkan ke dalam inkubator. Sakit bersalin saya cuma 15 minit sahaja dan semua anak-sanak saya sihat.

_
Puan Fatimah Yaakob
Sejak mengandung anak pertama pada tahun 1993 sehinggalah anak kelima saya menggunakan Salindah. Saya sihat sepanjang mengandung dan berpantang, semua kerja rumah saya buat sendiri. Salindah juga membantu merawat masalah tekanan darah rendah. Anak-anak semua sihat sejahtera dan jarang mengalami sakit walaupun tidak pernah mendapat sebarang imunisasi.

_
Puan Azaimalita Shahidan , Sg Petani Kedah
Bermula dari anak sulung lagi saya telah menggunakan Salindah. Apa yang saya bolih katakan Salindah merupakan titik permulaan pembesaran anak-anak dari tiga bulan dalam kandungan hinggalah sekarang. Anak Salindah terbukti berbeza daripada anak-anak yang lain. Apa yang paling ketara mereka memiliki ketahanan diri yang kuat, tidak mudah dihinggapi penyakit dan bijak. Pengalaman melahirkan anak amat berbeza-beza.

Namun keberkesanan Salindah menguatkan semangat saya. Apabila diarahkan masuk ke bilik bersalin saya telah menelan tablet yang terakhir. Apa yang membanggakan saya selamat melahirkan seorang bayi lelaki seberat 3.2 kg dalam masa yang amat singkat. Kesakitan juga tidak begitu terasa malah rasa bersyukur kerana anak saya sihat dan comel.

_

Mahukan Tip & Promosi Salindah?
Dapatkan Tip & Makluman Promosi Salindah dari masa ke masa terus ke alamat email anda!