Homeopati & Prof. Dr. Azizan Hj Ismail

DR. AZIZAN ISMAIL: PENERAJU KEUSAHAWANAN PERUBATAN HOMEOPATI DI MALAYSIA
[Malaysian Homeopath and Entrepreneurs : Dr. Azizan Ismail (1949 – 2007)]

dr-azizan-ismail
dr-azizan-ismail

 Dr. Azizan merupakan seorang tokoh homeopati yang terkenal di Malaysia. Beliau dilahirkan di Bukit Besar, Kedah pada 1 Mac 1949 dan mempunyai 11 orang anak. Beliau merupakan seorang pendidik yang berjaya sebelum melibatkan diri dalam perubatan homeopati dan menceburkan diri sebagai usahawan.

Bermula pada tahun 1976 sehingga 1980 beliau belajar homeopati dari Dewan Perubatan Homeopati Singapura. Kemudian memperoleh Doctor of Homeopathy dari Brantridge Forest School Sussex, England. Beliau juga mendapat Doktor Falsafah dari Open International University, Sri Lanka dan pelbagai anugerah berprestij yang jarang diperoleh oleh kebanyakan pengamal homeopati di Malaysia.

Beliau pernah membawa rombongan pengamal homeopati membuat lawatan sambil belajar ke Eropah pada tahun 1985. Dalam lawatan itu, banyak makmal, kilang dan farmasi homeopati yang dilawati termasuk Welada Lab Ltd., Nelson Pharmacy dan Boiron Laboratories.  Lawatan itu bukan saja membuka jalan baru dalam kerjaya beliau malah memberi banyak input kepada sekalian rombongan yang mengikuti beliau.

Sebagai usahawan, beliau menapak maju dengan tertubuhnya beberapa syarikat yang dimiliki, khususnya Sistem Era Edar Sdn Bhd (sekarang Era Edar Marketing Sdn Bhd). Selain itu beliau dikenali kerana kejayaannya menubuhkan Kolej Homeopati Malaysia yang menawarkan kursus Diploma Homeopathy dan kilang homeopati yang dikenali sebagai Homeofarma Sdn Bhd. (Kini Darulaman Homoeopathic Laboratories Sdn. Bhd atau HOMEOLAB)

Di antara produk homeopati popular hasil rumusan beliau ialah Examo, Salindah, Asmakur dan beberapa jenama yang menjadi bualan dan digemari ramai. Kilang dan syarikat beliau juga ada mengeluarkan produk pemakanan berasaskan biokimia dan homeopati seperti minuman, susu Bio-lacmakanan bayi Growell dan lain-lain.

Sumber rujukan:
http://www.homeolibrary.com

dr-azizan-homeopati-berjaya

 

Comments

comments

Mahukan Tip & Promosi Salindah?
Dapatkan Tip & Makluman Promosi Salindah dari masa ke masa terus ke alamat email anda!